Saturday, May 14, 2011

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan


Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”




Friday, March 18, 2011

DAH NAK SKOLA BLEK..???

hai!! !Assalamualaikum!!!
pejam celik-pejam celik tinggal brape hari jew dah nak skola en...!!yang tinggal kat PANTAI TIMUR tuh hari Ahad dah skola dah...huh!!!pastikan keje rumah sume siap...kalau x???marah cikgu nanti..!!!!kalau cikgu marah kite x tau adekah cikgu tu halalkan ilmu ituu???blek pada tajk diatas!!!kite x sedar bahawa ALLAH dah tarik sikit mse!!!kalau x prcaye...!!cube tanye orang-orang lame...pasti die akn ckp mase skrng cpat sangat berlalu x cam mude2 dlu nak tnggu ptng p0n lme....jadi!!!renung-renunglah....

Monday, March 14, 2011

AKTIVITI ANAK SOLEH

Musim cuti sekolah datang lagi!
Tentu seronok bila dapat melakukan aktiviti bersama-sama anak-anak, bukan? Anak-anak akan rasa lebih selamat, lebih disayangi dan lebih dihargai jika ibubapa ingin meluangkan masa untuk mereka. Anak-anak juga akan rasa teruja apabila insan yang paling mereka sayangi sudi berkongsi aktiviti bersama-sama dengan mereka.
Mari kita kukuhkan hubungan kekeluargaan dengan aktiviti di musim cuti sekolah. Jom lihat! Apakah 5 aktiviti cuti sekolah yang menarik & berfaedah untuk anak-anak soleh kita
Berjalan atau jogging di taman-taman bunga, di tepi tasik atau di persisiran pantai.Sewaktu berjalan, ambillah peluang untuk berbual mengenai kebesaran Allah swt yang dapat dilihat di sekitar kawasan itu. Untuk anak yang sudah dewasa, galakkan mereka menyatakan apakah kebesaran Allah swt yang mereka nampak sepanjang berada di situ.
Sebagai contoh; Lihatlah kebesaran Allah pada bunga, ada bunga-bunga yang tumbuh daripada satu pokok, tetapi Allah ciptakan berlainan warna. Mana datangnya warna itu, sedangkan kita tak nampak pun cat atau dakwat di situ.
Objektif: Meningkatkan iman kita dan anak-anak
Mengajar anak kemahiran-kemahiran sunnah seperti memanah, menunggang kuda dan berenang. Seandainya kita sendiri belum menguasai kemahiran tersebut, tidak mengapa. Rendahkan sedikit ego, korbankan sedikit masa untuk belajar bersama-sama dengan anak-anak. Yang penting, kita dan anak-anak berasa gembira dan enjoy dengan aktiviti tersebut. Jangan lupa beritahu anak, yang dia sedang melaksanakan satu sunnah Rasulullah.
Barangsiapa yang berpegang teguh pada sunnah ku di zaman kerosakan ini, maka dia akan mendapat pahala 100 orang mati syahid (al-hadis)

Objektif: Menanamkan perasaan cinta untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw
Memberikan galakan untuk anak-anak menghafal surah-surah pilihan.Fitrahnya, anak-anak akan merasa seronok apabila melihat ibubapa melakukan aktiviti yang sama seperti mereka. Seandainya, ibubapa juga turut berusaha bersama-sama untuk menghafal surah-surah tersebut, maka anak juga akan ter-motivasi untuk melakukan perkara yang sama.
Antara fadhilat surah-surah pilihan ialah:
Yaasin: Sekiranya dibaca di awal hari, maka Allah swt akan tunaikan segala keperluannya pada hari itu.
Al-Mulk: Surah ini akan menjadi penjaga kepada pembacanya daripada azab kubur.
Al-Waqiah: Barangsiapa yang membaca surah ini pada setiap malam, maka dia tidak akan kebuluran@miskin untuk selama-lamanya.
Objektif: Al Quran menjadi zikir di lidahnya, dan ingatan terhadap Allah swt sentiasa berada dalam hatinya.
Membuat kerja-kerja rumah bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan.Banyak kerja rumah yang boleh dilakukan bersama, antaranya seperti, memasak, mencuci kereta, mengemas rumah dan sebagainya.
Sewaktu melakukan aktiviti ini, elakkan berleter, membebel atau memarahi anak kerana kecuaiannya. Banyakkan pujian dan sokongan atas hasil kerja yang telah dilakukannya. Wujudkan suasana yang ceria dan penuh dengan telatah mencuit hati.
Setelah berseronok melakukan aktiviti bersama, anda boleh mengambil peluang untuk memberikan motivasi kepadanya. Daripada bertanya anak, bagaimana dengan keadaan sekolahnya, tanyalah pada mereka 3 perkara terbaik yang telah mereka lakukan di sekolah.
Anda tentu rasa gembira mendengarkan jawapan mereka, dan sekaligus keyakinan diri anak-anak juga akan meningkat setelah menyedari keistimewaan yang ada dalam diri mereka.
Objektif: Melatih anak-anak berkhidmat untuk ibubapa dan orang lain
Bermain permainan komputer sambil belajarKanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada permainan. Menurut kajian, kanak-kanak lebih banyak belajar sewaktu bermain. Oleh sebab itu, kita harus bijak memilih permainan yang sesuai untuk mereka, dan kalau boleh, luangkanlah sedikit masa untuk mencuba permainan mereka.
Ada banyak jenis permainan komputer atau permainan papan (board game) yang melatih anak-anak untuk mahir dalam sesuatu kemahiran. Antaranya:
Permainan Matematik:
http://www.coolmath4kids.com/
Permainan Mengenal Islam
http://www.islamicplayground.com/Scripts/default.asp
Permainan mewarna Islamik untuk anak-anak bawah 6 tahun:
http://www.gamespendidikan.com
Board game untuk belajar asas kewangan dan perniagaan
http://www.cashflowboardgame.com/
dan banyak lagi! Anda boleh cari di Google permainan-permainan ini, atau anda boleh dapatinya di kedai komputer atau kedai buku yang berhampiran.
Objektif: Meningkatkan kasih sayang di antara anak dan ibubapa di samping mempelajari sesuatu.
Lakukanlah aktiviti-aktiviti ini bersama-sama untuk menambahkan keseronokan dan kasih sayang anak-anak kepada ibubapa. Rasulullah saw sangat-sangat menggalakkan kita menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak.
Tatkala seorang sahabat r.a membuat pengakuan yang dia tidak pernah menunjukkan kasih sayang kepada anak-anaknya, maka Rasulullah saw bersabda, “Bagaimana mungkin Allah swt akan sayang kepada seseorang yang tidak menyayangi orang lain“
Seandainya anak-anak merasa gembira, bahagia dan tenang tatkala bersama dengan ibubapa, maka lebih mudahlah kerja ibubapa. Terutamanya, untuk mengajak anak-anak melaksanakan perintah Allah swt dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan mereka. InsyaAllah
Selamat Bercuti!