Wednesday, December 29, 2010

BACALAHH!!!!

B aca jika anda ada masa untuk ALLAH .
Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca posting ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini…. Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang …. Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.



Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari J umaat … ...

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit….

Dan sudah pasti waktu ada kematian…
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana… Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka……
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !

Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku




IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu…

Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran ?




Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.




Tidakkah melucukan bila seseorang berkata " AKU BERIMAN PADA ALLAH " TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).




Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?




Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.




Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.




Aku ber DOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

Thursday, December 23, 2010

Iklan DIGI ingin memusnakan Islam????

*ASSALAMUALAIKUM... .
Adakah anda di luar sana peka, bahawa salah satu iklan yg rasa2 lucu kat
dlm
TV skarang (org pakai sut kuning mcm toyol) menggunakan lagu GEREJA
dalam
iklan tersebut... . Iklan tersebut telah mempengaruhi masyarakat kita
dengan
menyanyikan lagu tersebut secara tidak sedar kerana cuba mengikut rentak
lagu GEREJA tersebut... dipetik " KU KAN MENGIKUT MU, KEMANA SAJA KAU
PERGI"
or dlm bahasa INGGERIS, "I'm gonna follow him" "HIM" merujuk kepada ISA
@
JESUS... . Hal ini sedikit sebanyak telah memesongkan akidah umat ISlam
secara halus melalui pengaruh Iklan dan lagu tersebut..Ramai yang tidak
sedar akan hal ini dan mengatakan iklan tersebut best atau pun lucu...
tapi
sebenarnya itulah strategi org kafir utk menghancurkan agama ISLAM...
semoga
kita sedar dan dpt menghindari hal ini secara lebih tegas!!! SALAM... .*

*Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan
Nasrani
Itu Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120) *

*Disebalik Lagu Iklan (Digi 016) *

*Assalamualikum Sahabat, make sure our children do not sing this
song......surprise right!!!*



*I Will Follow Him*

English lyrics by Norman Gimbel and Arthur Altman
Original lyrics by Jacques Plante by J.W. Stole and Del Roma

I will follow Him

Follow Him whereever He may go
And near Him I always will be
For nothing can keep me away
He is my Destiny

I will follow Him
Ever since He touched my heart I knew
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep

Keep me away
Away from His love

I love Him, I love Him, I love Him
And where He goes I'll follow, I'll follow, I'll follow
I will follow Him
Follow Him whereever He may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
Keep me away

(I love Him) Oh yes I love Him
(I'll follow) I'm gonna follow
True love, He'll always be my true love
(Forever) From now until forever
I love Him, I love Him, I love Him
And where He goes I'll follow, I'll follow, I'll follow
He'll always be my true love, my true love, my true love
From now until forever, forever, forever
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
Keep us away
Away from His love


KALAU NAK KEPASTIAN


beZa RM1 & RM50

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit

Duit seringgit bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm...biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

p/s: FIKIRKANLAH
smilesmile



Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email.

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit

Duit seringgit bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

p/s: FIKIRKANLAH
smile


Friday, December 17, 2010

MANFAATKAN KELEBIHAN MUHARAM

Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan agung di dalam kalendar Islam. Beberapa peristiwa penting berlaku di dalam bulan ini. Kehadiran bulan Muharram sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini seperti melakukan perubahan ke arah kebaikan (berhijrah). Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa.

Hijrah juga berubah dari baik kepada lebih baik, dari suka beramal kepada kuat beramal dan sebagainya sepertimana kita disaran untuk menambah ketakwaan kepada Allah dari masa ke semasa. Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Antara lain kelebihan bulan Muharram adalah dengan amalan puasa sunat. Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan Allah, Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadhan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram sebagaimana sabda Rasulullah saw, hadis riwayat Muawiyah ra berkata : Aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini juga berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadhan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab : “Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”. (Riwayat Imam Muslim dan Imam al-Tirmizi)

Terdapat sebahagian ulama’ yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari ke sembilan). Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata: Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda: “Sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. (Riwayat Imam Muslim)

Imam al-Nawawi (w 676) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulama’ di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi saw berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya).

Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10″.

(Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254)

Justeru, marilah kita merebut peluang dikesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat.

Antara hadis-hadis lain berkenaan puasa sunat hari ‘Asyura ialah :

  1. Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda saw bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu”, maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa“. (Riwayat al-Bukhari)
  2. A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah saw telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
  3. Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah saw juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: “Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadis sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadis-hadis ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah di antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (w 852) dan al-Imam Muslim (w 676) ketika menghuraikan hadis-hadis tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura‘ 4/245)