Saturday, November 26, 2011

Perkara yang menarik di dalam bulan Muharram untuk disampaikan esok adalah?????

1. Anjuran berpuasa di dalam bulan Muharram. Hadith riwayat Muslim menyebut “seutama-utama (afdal) puasa selepas ramadhan ialah (berpuasa di bulan) Muharram..”. Para ulama dengan panjang lebar menceritakan tentang anjuran berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram.

Rumusnya : {MUHARRAM tiba = SUNAT puasa}.

2. Tidak dikhususkan amalan soleh di dalam bulan Muharram kerana ISLAM mengajar kita melakukan amalan soleh dan meninggalkan dosa setiap hari.

3. Tidak boleh ada unsur kesialan seperti menganggap sial jika melangsungkan pernikahan di dalam bulan ini. Ini pun adalah bentuk SYIRIK kerana menganggap ada kuasa yang lebih hebat dari Allah! Na’uzubillah. (Rujukan Fatwa ‘Atiah Saqar 1997).

Rumusnya = TIADA BULAN SIAL dalam Islam.

Ini kerana tiada kaitan kesialan dengan bulan yang Allah ciptakan!

4. Kenapa namanya “Syahrullah = Bulan ALlah” sedangkan nama bulan lain tidak pula disebut bulan Allah? (Rujukan Fatwa Azhariy : Mac 1997). Dinukilkan bahawa Imam AsSuyuti bahawa nama Muharram disebut BULAN ALLAH kerana namanya bercirikan islamik berbeza dengan bulan-bulan lain kerana bulan-bulan lain itu mempunyai nama yang khusus sejak dari zaman Jahiliyah lagi. Dan apabila kedatangan Islam, ianya ditukar menjadi Muharram (sebelumnya disebut SAFAR AWWAL).

Ibn ‘Allan menukilkan jua bahawa Ibnul Jauzi ada menyebutkan nama-nama bulan Islam dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Jahiliyah. Manakala disebut jua bulan Allah kerana di dalam bulan Muharram ada hari yang disebut HARI ‘ASYURA iaitu hari kesepuluh dari bulan Muharram yang mempunyai kelebihan istimewa disebalik sejarah dan amalan berpuasa.

5. Apa yang dilakukan oleh Syi’ah pada 10 Muharram? Seksa diri sendiri? Cuba anda cari sendiri bahan sebagai bacaan lanjutan. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk lebih tahu.

6. Wajibkah baca doa awal dan akhir tahun? Soalan yang sama setiap tahun (kadang-kadang orang yang sama pula yang bertanya!). Cuba buat pembacaan dan kajian anda. (macam soalan tesis).

Selamat kita beramal bersama-sama!