Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang
 disebabkan kesukaran menangani perasaan marah 
boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup
 bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh 
mencederakan orang lain.     
 
Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji 
umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan 
datang masuk ke hati manusia. 
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, 
mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah 
duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran. 
Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan 
Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof 
Adakah semua orang memiliki sifat panas baran? 
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap 
individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing. 
Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi? 
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut 
mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan
 panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti 
mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor
 budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah. 

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan? 
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun,
 daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat 
lebih mudah mengekspresikan sifat marah. 
Apakah yang mendorong sifat panas baran? 
Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang 
mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran. 
Kesan buruk panas baran? 
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang 
sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain. 
Langkah terbaik menangani sifat panas baran? 
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan 
kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal 
perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.
 Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah? 
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - 
mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili 
tamadun itu sendiri. 
Punca Panas Baran 
# Perilaku agresif # Gejala sosial # Emosi # Masalah kewangan/ keluarga # Ego # Tekanan perasaan # Faktor didikan # Bebanan kerja # Faktor persekitaran 
10 Risiko Individu Panas Baran 
# Dipulaukan masyarakat sekeliling # Jiwa kosong (murung) # Hilang pekerjaan/jawatan # 
Perceraian # Kemalangan # Pergaduhan # Kesalahan jenayah # Melakukan penderaan # 
Tekanan perasaan # Penyakit kronik (darah tinggi, migrain) 
Alkisah panas baran... 
Cerita 1: 
WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan 
yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta 
‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya. 
Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih 
mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, 
sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu 
ketika berdepan krisis.
 Cerita 2: 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah 
Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan 
marah selepas dimarahi pegawai atasannya. 
Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia 
datang lewat. 
Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia 
melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka.
Senyumlah..
. PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu
 seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual
 dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut. 
Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum 
dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter)
 merangsang menenangkan fikiran. 
Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang 
mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi. 
Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga
 kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri. 
Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami.
 Tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah. 
# Ikuti latihan dan kegiatan sukan 
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang 
sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung. 
# Meningkatkan kekerapan bersenam 
Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan 
muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program 
antitekanan.
# Ubah gizi (diet) pemakanan 
Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban 
yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih 
menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan. 
# Kurangkan minum alkohol 
Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, 
kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan 
tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang 
cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat. 
# Minum satu cawan kopi 
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh 
menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, 
mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung. 

# Berhenti merokok 
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa 
beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara 
meresap ke saluran darah lebih berkesan. 
# Berfikiran positif 
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau 
bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar
 kepada kekuatan.